Assalamualaikum..terima kasih sudi jengah blog masyiu ^_^

Friday 30 November 2012

Kelemahan Ini..

Assalamualaikum
Dan selamat malam.. dah lama tak tulis diari...selalu buat status jer cerita tentang diri.. dan yup!!.. ramai yang meluat right?.. kepada yang meluat terhadap golongan2 seperti aku yang suka update status, mohon unfrend aku, lagipun, we not know each other well kan?.
Sepanjang sem ini agak memenatkan sebab jadual yang agak padat. Tambahan pula, aku yang pemalas dan suka berfoya-foya, hahaha...

Setiap orang mempunyai kelemahan termasuk aku, antara kelemahan aku yang aku kira agak dasyat (metafora lebihh)..ialah lemah dalam mengingat.
Dalam minggu ni sahaja, dah beberapa kali aku berulang-alik ke Putrajaya..but, still, aku tak ingat pun jalan ke sana, selalu aku akan ajak navigator aku.. (najah ). Tetapi, kelebihannya ialah, aku redah jer memandu, even banyak kali kena hon....hahhaha...gini bunyinya..Ponnnnnnnnnn~~~ (pedulikan..jalan raya kan jalan bapak aku..)..
Kelemahan ini juga berlaku di kuliah tau.. Dulu first year, banyak kelas dekat FPI, dan aku tak ingat pun jalan ke sana, selalu aku jalan ikut jer belakang Ros dan Najah..hehe..
Pernah satu peristiwa sewaktu aku bergaduh dengan tunang aku, al-kisahnya begini..

2 tahun lepas, selepas pergaduhan yang agak besar, dia ajak aku ke TS, kononnya nak beli barang.. sampai jer kat sana..jam 8.45 malam..

Abdullah : Masyi, abang nak g toilet jap
aku : okay.. jangan tinggal orang taw (manja dengan tunang sahaja~~)
Abdullah : iyer..

setengah jam aku tunggu, si tunang tak keluar pun, air mata mula nak meleleh. Aku mula menghubunginya.

aku : helo..abg..abang kat mana neyh? dah lama orang tunggu, banyak kedai dah tutup.
Abdullah : abang kat parking, cepatlah, lambat abang tinggal.
aku : erk...

dipendekkan cerita, sejam lebih aku pusing2 dalam TS tu, aku tak jumpa pintu keluar pun, dalam hati memang segala makian dah keluar, tiba2 datang seseorang dari belakang, menegur aku.

Abdullah : assalamualaikum cik adik, tak penat ker asyik pusing tempat yang sama jer?
aku : wsalam, sampai hati kan? dah tahu itu kelemahan saya, kenapa nak pertikaikan? bukankah awak sepatutnya melindungi, memimpin, bukannya mempersendakan kelemahan saya ne. Dah la!!, pergi la tunggu kat luar, saya boleh berdikari.
Abdullah : eleh... berdikari konon, sampai esok pon tak jumpa pintu keluar, tu ha..arah sana.. haiishhhhh... macam mana nak kawen neyh?
aku : pergi jela cari orang laen nak kawen, tak hairan la..
Abdullah : wekkkkk..

Sapa yang ada kelemahan macam aku neyh?.. hehehhe...


gambar petang tadi..

eh..eh..gambar tak der kaitan.. hahahha... saja nak bagitau yang, hari ni aku buat lab, esok mesti aku lupa.. hahahha..tambahan pulak, akak PhD aku yang baek sangat, siap tolong aku lagi dan hantar aku balik kolej Zaba... aku stay dengan die dekat lab tadi dari pukul 2.30 ptg sehingga 7.30 malam... Ahad nanti kena g lab semula, untuk pengetahuan korang, aku buat kajian ada kaitan dengan virus even course aku lebih kepada bakteria. First time aku masuk lab, apa pun aku tak tahu nak buat. Methods yang aku cari, 60 % jer betul, hik3~~ alhamdulillah aku dapat mereka yang banyak membantu aku dan bertahan dengan karenah aku. Tambahan pula, ada sorang akak lab tu, panggil aku Yuna.. adehhh.. dah ler aku minat Yuna, berbunga jantung~~....

ha!!!... lagi satu.. saya  nak minta maaf kat kak WAWA SUHAIZA.. hehehe.. sis... saya sebenarnya, tak bertunang lagi pun, maaf lah buat akak percaya yang saya dah bertunang..=)))

sekian... (mcm ada dua cerita tak berkaitan jer dalam diari kali neyh)..hehhehe...

# btw, saja nak gtaw, esok titew nak g wedding akak chumell  dan petang tu lak, nak g makan burger abng burn.. ( farhana, insyirah yang teringin~~..)..hehehehe







Saturday 3 November 2012

AIR MATAKU HANYA UNTUK MEREKA DAN UNTUK HARI AKU DIIJABKABUL




Andai aku punya poket doraemon, sudah pasti aqu akan memutarkan masa ke zaman dahulu, zaman di mana aku masih punya  bapa yang sanggup berkorban jiwa dan raga untuk ku. Tetapi, aqu hanya hamba yang sombong dan angkuh atau dalam kata lain, aku adalah antara golongan anak derhaka...
Sedang aku berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah, entah kenapa jauh di sudut hati, aqu menangis teringatkan  bapakku. Andai bapa masih di sini, andai bapa mendengar luahan hati aku, aku akan pastikan bapa sentiasa bahagia, tapi sayang, bapa telah tiada.

2 tahun yang lalu :
mak : Nak pergi mana tu?
aku : keluar lepak la mak, mana kunci kereta mak?
mak : tukar baju dulu, singkat sangat tu, malu lelaki tengok nanti
aku : hishh, mak ne, tak up-to-date lah.. mana ada singkat sangat pun, nak suruh orang pakai baju muslimah la tuh... besar la mak...tak mau la..hurmmm... bapak mana mak?
mak : pergi kebun, nanti balik la tu..nak kunci kereta, tunggu bapak balik
aku : hish orang tua tu, degil, dah tahu tua duduk jela rumah, sibuk nak g kebun bagai.

Dua jam kemudian, datang jiran aku yang bernama yusof
yusof : Mak nah...ohh mak nah....(panggilan orang kampung terhadap mak aku )
mak : nape ucop?
yusof : suami mak nah, kena patuk ular tedung kat kebun tadi
mak : Ya Allah, suami aku !!

lalu, aku dan emak berlari ke kebun, melihat bapak yang terkulai lemah, ya..terdapat kesan patukan ular di kaki kirinya, entah kenapa aku punya kekuatan untuk menyedut bisa ular tedung tersebut, tapi .....dihalang keras oleh penduduk kampung, aku menangis sambil memeluk erat kaki bapa ku.

mak : kakak, kakak kena kuat, tak bole macam ne, mak tahu, kakak kuat kan?
aku : tapi, kakak banyak dosa kat bapa...mak...bapa dah tak ada, lepas ne, tak dapat tengok muka bapa dah, tak dapat bau peluh bapa, sapa nak ambil kakak nanti...
mak : kakak, kita tak bole tangisi pemergian seseorang, kalau kakak sayang bapa, kakak doakanlah kesejahteraan bapa di sana, bapa dengan kita tak jauh, cuma sejengkal tanah saja...

Tepat jam 9 malam, arwah bapa selamat dikebumikan.


Bapa, andai bapa bisa dengar luahan hati aku, aku berjanji, akan menjaga isteri bapa sebaiknya. Aku berjanji akan menjaga aurat ini, kerana aku tidak sanggup melihat bapa terseksa kerana aurat aku ini, Insya-Allah, aku akan sentiasa menjadi kuat untuk menghadapi hari muka yang kadang2 aku tak yakin untuk melangkah ke arahnya. Bapa, sentiasalah doakan anak mu ini dari sana. Bapa, doakan lah aku supaya senantiasa dihinggapi dengan sahabat2 yang mengajak aku ke arah agama Allah, dan supaya dikurniakan suami yang hebat untuk aku.
Bapa, aku minta maaf kerana tidak selalu menggembirakan bapa selama bapa masih di dunia.
Adakah aku tergolong dalam golongan anak derhaka?

Emak, aku tahu, pengorbanan yang emak lakukan sejak aku masih dalam kandungan, sampai mati pun, aku tidak dapat membalasnya.
emak, terima kasih kerana mengajar aku mengaji, solat dan menutup aurat. Jika dahulu, aqu mengaji setiap hari kerana takut dirotan emak, tapi kini, seminggu sekali pon aku jarang membuka al-quran..Jika dahulu aku dipukul emak kerana liat untuk bangun solat, tapi kini, aqu sering terbabas solat. Jika dahulu, begitu litup aqu memakai tudung, tapi kini, aqu memilih untuk memakai tudung yang jarang.
Emak, ketahuilah, bukan salah emak aku berubah, tapi kesalahan itu dari diri aku.Emak, aku pohon, jangan berhenti menasihati dan membebel ke arah aku selagi aku belum menjadi yang halal kepada yang berhak.

mak dan bapak, aku tak ingin jadi anak derhaka, doakan lah aku dunia akhirat..<3