Assalamualaikum..terima kasih sudi jengah blog masyiu ^_^

Wednesday 26 December 2012

PERUBAHAN..

Assalamualaikum

Hye.. semua orang tengah study ea?.. heheehe..Alhamdulillah sejuk perut ibu korang, tenang hati bapa korang, kerana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh In Syaa Allah bakal menjadi insan berguna dunia akhirat...amin..

Ampa tau dak nak berubah tu payah...means berubah ke arah kebaikan..payah weh..payah. memandangkan 2012 hampir melabuhkan tirainya dan 2013 tak sabar nak membuka jendelanya, ayuh.. tanam azam pada diri... 
Nak bersajak lah... eh44~~~

Perubahan abadi itu susah..
bila mana hanya mulut berbicara
tapi anggota lain berat untuk melakukan
sama seperti niat hati yang nak dapat 4 flat
study 1 jam FB 2 jam..eh3~~

aqu pon bingung.
kepada siapa ingin aku luahkan
Kepada teman aqu bercerita,
Mereka mengiakan, mereka mendengar, cuba memahami,
tetapi... nasihat mereka 
sedikit pon tidak menyentuh kalbuku

Kepada orang tua..
Malu untuk aku bercerita,
kepada kakak dan adik,
Juga malu untuk aku khabarkan

Kepada bakal suami
Ah~~.. belum tiba masanya untuk aku bermanja cerita itu ini
sampai detik ini, aku masih tercari2 identiti diri

Kepada Illahi aku bersujud
tapi sayang, sebulan sekali
nak bangun tahajjud pon payah
tapi sayang, isnin dan khamis
nak puasa sunat pon berat
tapi sayang, seminggu sekali
nak buka kitab suci pon liat
Mencari keredhaan Allah pon payah
jika selalu memberi alasan untuk mencari keedhaan itu..

Siapa aku sebenarnya?
Hamba Allah yang sejati?
Pengikut Muhammad ?
anak solehah?
Apa yang aku mahu dalam hidup?
Apa akan aku jadi di masa hadapan?
Ces!! sama seperti Thesis aku..
macam dah lari tajuk..hehe

Cakap memang gampang
aku nak jadi anak solehah
aku nak jadi wanita muslimah
aku nak jadi itu dan ini

Tapi tiada perubahan 
sama seperti dahulu, 
Subuh pon subuh gajah.. 

Bagi mereka yang telah berjaya menemui diri sendiri

Tahniah!!!
Dan aku...mungkin aku perlu belajar dengan
memerhati kesulitan orang lain..
seterusnya merasakan diri ini adalah seorang hamba
Hamba pada yang Esa
yang hanya menumpang bernafas di muka bumi ini
yang hanya menumpang kasih ibu bapa yang dipinjamkan
yang hanya menumpang tanpa membayar apa2..


Lepas neyh..x bole membaziaq..dok nk mkn mahal2 jah..

erk.. xkan nak pakai cmtuh.. nak berubah pon..tengok cara gak lah yer....XD.


Berubah bukan kerana orang laen
Berubah kerana Allah
Itu pasti indah
Berubah kerana keluarga..its OK kott.. hehe
semoga aku dan keluarga bertemu semula
di Jannah...
amin..

# WE SHOULD OBSERVED AROUND US AND BE THANKFUL FOR ALL THAT WE HAVE IN THIS TRANSITORY LIFETIME.

# aqu di sini cuma mengharapkan perubahan yang lebih baek...bukannya yang TERbaek....=))