Assalamualaikum..terima kasih sudi jengah blog masyiu ^_^

Friday 15 February 2013

Duit / money

Assalamualaikum




Horrayyyy..masih lagi dalam suasana cuti..walaupun lagi 2 hari dah nak mula kuliah... saja nak beritahu, Alhamdulillah...ada banyak berita gembira hari ini, antaranya ialah, saya telah dapat LI di Hospital Tengku Fauziah,Kangar, walaupun lebih berminat untuk buat LI di makmal teknologi makanan dan Alhamdulillah, result yang diperoleh masih dalam range walaupun Biology Molecule dapat C... ggggrrrr..xper...nak buat macam mana..memang banyak tinggal kosong...hehhehe....ok..forget about it..

Jika seseorang itu terlalu memandang pada kebendaan/ bersifat materialistik, sudah pasti dia akan dipandang sebagai seseorang yang demand. Tetapi bagi aku sendiri, duit itu PENTING.. 
Bak kata seorang penceramah bebas..

" Jika kita kata duit tak penting, maka ia akan menjauhi kita, 
tetapi, jika kita kata duit itu penting, maka ia akan mendekati kita ".

Oleh yang demikian, aku kata duit itu penting... hehhehe.....

Bagi mereka yang selalu kata " duit bukanlah segala-galanya", golongan ini ialah golongan yang malas berusaha, mereka menggunakan ayat tersebut untuk cover kemalasan mereka itu. Dusta jika kata duit itu tidak penting kerana dengan duit, kita dapat tingkatkan taraf hidup diri dan keluarga (dituntut agama), mengerjakan haji/umrah (dituntut agama), berkahwen (dituntut agama), bersedekah (dituntut agama), belajar (dituntut agama). Hal demikian semuanya memerlukan duit..

Pernah satu hari aku berborak dengan ibu 

ibu :   nanti lepas degree, sambungla master...
aku : erk...ibu, nak sambung master tu perlukan duit yang banyak, kadang2 barang2 makmal, beli pakai duit 
         sendiri..
ibu :   tak per, duit boleh dicari, yang penting belajar rajin-rajin..
aku :  hurmmm...tengok lah camner nanti..

nak belajar bukannya percuma, duit itu penting dan harus dicari, bukannya berkata " duit bukan segalanya"

Dengan duit juga kita boleh membeli kain telekung yang sedap dan selesa dipakai, di sini, aku tidak maksudkan membelitelekung jenama Bella Ammara yang harganya ratusan ringgit tuh, tetapi, cukupla selesa untuk dipakai bagi menemui Pencipta. Hal ini juga memerlukan duit.

Berkahwin misalnya juga memerlukan belanja yang besar, acap kali aku melayari internet, kaum Adam sering merungut, kononnya kaum Hawa sekarang demand, minta hantaran tinggi-tinggi, alahai cik abang sayang, aku rasa kalau buat kenduri, kalian pakai duit mak bapak juga kan???.. Mungkin ini antara sebab kenapa perkahwinan sekufu digalakkan..

Dalam kehidupan seharian.. ada tak sapa2 yang tak keluarkan duit walau satu sen pun dalam masa seminggu?.. ada ker?..  so...kita sendiri dapat menilai, duit itu penting..

Sama juga bagi mereka yang sering berkata " POINTER bukan segalanya ". Ini juga adalah ungkapan bagi mereka yang malas berusaha. Yup..memang hidup ini umpama roda, kekadang di atas kekadang dibawah, setiap ciptaan, ada berpasangan, ada hitam, ada yang putih, ada gemuk, ada kurus, ada malam, tentulah ada siangnya. Bagi mereka yang kurang bernasib baek, sepatutnya, ayat yang keluar dari bibir mereka ialah " Alhamdulillah, rezeki aku untuk kali ini, tahun depan, aku harus lebih gigih untuk berusaha"... dan bukannya " Pointer bukan segalannya/ A's bukan segalanya ". Stop dreaming, yang bulan akan jatuh ke riba...
Kegagalan hari ini, bukan bermaksud akan gagal selamanya, tetapi, jika diri tetap tidak mahu berubah atau dalam kata laen tak sedar diri, memang la akan selamanya gagal..

Untuk berjaya dunia kahirat, kita haruslah berjaya di dunia dahulu, jangan hanya pulun akhirat..Hal ini kerana, dunia adalah jambatan ke akhirat, roh kita di akhirat, tetapi fizikal kita di dunia. Apaya yang dilakukan di dunia, itulah saham akhirat kita.

Cuba bandingkan diri yang selalu beriktikaf di masjid dengan mereka yang mempunyai duit yang telah menderma bagi mendirikan masjid, mendirikan madrasah-madrasah, mengadakan kelas-kelas tusyen di samping turut beriktikaf di masjid.... Sapa yang mempunyai saham yang lebih tinggi nilainya dia khirat?

"Cakap memang senang" juga merupakan antara istilah2 yang telah dibudayakan oleh orang Melayu, atau dalam kata laen " eleh, ko cakap senang r,nak buat tu payah "
heheh..memnag la.. benda yang payah tu la yang harus direbut, kalau bende tu senang, baik tak payah buat!!

# Petikan ini adalah hasil ceramah yang didengar pagi tadi
# Peringatan buat diri sendiri
# Kita hidup bukanlah seperti kisah novel mahupun drama, tetapi kita hidup di alam realiti yang penuh pancaroba, yang tewas akan ketinggalan, yang berani mencuba akan di hadapan
# orang kata semue orang dicipta berpasangan, dan jodoh itu rahsia Allah, TETAPI kenapa ada yang berkhwin dan ada juga yang "forever alone?"


Umur dah  22 tahun... hurm.. rasa cam..kosong jiwa lagi...