Assalamualaikum..terima kasih sudi jengah blog masyiu ^_^

Saturday 19 October 2013

Indonesian Gurl

Assalamualaikum

Alhamdulillah..selamat sampai Perlis dan masih diberi keizinanNya untuk bernyawa. Proses pengambilan jubah berjalan dengan lancar, tiada perkara menarik yang berlaku, just met frend n berborak2. 
Pre-convo??.. tak ada!!..haha..masing2 sahabat ada hal yang ingin dilunaskan, they got their own plan and me to..got mine. Aku cuma berada satu malam sahaja di bumi UKM.. bukan tak nak stay lama2..tapi..tak ada apa nak dibuat!!
Selama berada di sana, aku telah menumpang secara haram di bilik seorang senior. She is Indonesian. Kenapa aku pilih dia???
haha..sebab die jer yang aku teringat dan tak nak sewa bilik yang mahal uhh.. ( Penganggur harus berkira~~). Banayk benda yang aku belajar dari  die..

"Jangan sesekali menilai seseorang melalui pemakaian mereka. Dia berserban/berpurdah tak semestinya imannya tinggi dan mereka sentiasa benar".

This Indonesian bukanlah seorang yang bertudung labuh, just like me,nope!!..she's more beautiful and bergaya actually.. Die bukanlah orang yang berstoking kaki mahupon berstoking tangan...cuma..Apa yang menarik untuk aku kongsikan ialah kehidupan seharian mereka yang menyentuh hati aku selama 2 hari aku berada di sana.

just make it simple

1) This Indonesian n her roomate.. solat berjemaah dan berdoa sangat lama.
Sampaikan terdetik dekat hati aku.. "Lama giler doa" dah macam solat berimamkan imam masjid dah.. 

2) This Indonesian n her roomate... perform solat Dhuha
Mereka setiap pagi akan buka youtube yang ada ceramah dari ustaz yang namanya YUSUF MANSUR.. kata si Indonesian ini, ustaz itu punya bnyak pondok agama di sana..bla..bla.. try la cari.. so..setiap pagi aku dihidangkan dengan ceramah dari ustaz ini..dan..sememangnya aku tidak ngerti dong!!...kaw2 punya bahasa Indonesia..
Tbe2..dalam pukul 11 lebih.. one of them asking me..
Sis : Masyi g la solat
Me: solat apa? (apa punya bengap la soalan...dah thu solat dhuha.. bole g tanya lagi!!)

3) This Indonesian n her roomate... bangun tengah malam.
Ini yang paling aku terkejut..selalunya..kalau kita nak solat malam, kita bangun sorang2, kononya nak fokus, but..mereka still bnagun bersama dan berjemaah.. me??.. tarik selimut lagi ada la..hahhaha
not sure pkul berapa diaowang bangun, cuma, aku terjaga sebab diaowang buka lampu tydo, sambil2 Iblis membisikkan ke telinga aku akan perkara2 jahil, sempat jugala aku dengar ayat2 al-quran yang dialunkan mereka, dan terdengar one of them said.. 
Sis 1 : kite nak baca surah apa?
Sis 2 : tengah2 malam, elok baca surah Al-Kahfi.. ( yang aku sempat dengar di bawah selimut la..if tak salah..)
sama ada mereka buat solat2 sunat or not, itu aku tak pasti, cuma dengar mereka mengaji sehinggalah ke azan subuh.. Still.. subuh kedengaran..   Iblis durjana paksa aku tarik selimut lagi until 6.35.. barula aku bngun n solat.. 

Actually, banyak lagi kebaikan mereka yang boleh dijadikan contoh, dan aku dilayan bak VVIP sepanjang menumpang di situ, Simbolik daripada cerita ini, adalah berdasarkan apa yang tertulis dia ats iaitu..

"Jangan sesekali menilai seseorang melalui pemakaian mereka. Dia berserban/berpurdah tak semestinya imannya tinggi dan mereka sentiasa benar".  

Kalau tak faham, senang cakap ialah " Don't judge a book by its cover".. sebab.. aku sendiri pernah jumpa orang yang bertudung labuh, berstoking bagai, tapi..
--liat bangun subuh.. (subuh gajah gittu).. 
--Berjaga malam sebab nak tonton citer korea
--Power kot gossip pasal lelaki

# Cerita di atas adalah cerita benar, tiada niat untuk mengaibkan sesiapa, bagi yang TERBACA, ianya sekadar perkongsian, yang baik boleh dicontohi..=)

grad..soon..jemput datang..=)

Saturday 5 October 2013

Heyy.. aku pun ada orang suka la!!!

Assalamualaikum

Kecoh juga sekarang di Youtube tentang 'Video Couple"..haha..dan of course aku menjadi orang yang terakhir nak godek2 Utube.. muahahah.. Motif mereka? Nak tunjuk sweet barangkali dan mungkin antara kita juga pernah buat sebegitu cuma tak diVideokan jer... (Ohh my Malay~~~~)..

Aku? single jer lagi..tak der orang nak..hahahha.. (not a promotion ok!!)
Aku suka dekat orang banyaklah, tapi orang suka kat aku tu..hurrmmm.. ada la jugak.. (sedih dengar~~).. Bersyukur..ada jugak orang yang nak taw..

Untuk yang lagi teruk dari aku tuh.. nak tengok link ne.. TERBARU  dan yang agak lapuk LAMA SIKIT. dan lagi satu yang agak . OVER.. mohon sapa2 yang ada sakit jantung jangan tengok..eh..eh..

Hey..aku pun pernah remaja tau..n still it is..haha

Dulu..zaman MRSM, ada someone minat ke aku
tapi, tak sempat buat apa2, die dah transfer MRSM laen, just dapat tahu die pernah suka aku melalui kawan2 die..
Sekarang dengar citer die further study oversea, in medic..Alhamdulillah..
Nama die mula huruf A
#Selalu nampak die on9

Dulu...zaman matrik, ada someone minat aku
ketemu di perpustakaan KMPP
ala..sempatla belanja roti canai..
tiba-tiba die minta putus sebab jumpa awek baru
apa lagi berperang la dengan awek baru die tu (see!! aku sendiri rupanya pernah gado sebab laki..ish33~~)
Sekarang dengar citer, masih belajar dan dah putus dengan awek tu...Alhamdulillah
Nama die mula huruf Y
#dah Unfriend

Dulu..masa first year UKM..ada someone minat aku
die minat masa tengok aku present TITAS kalau tak salah
advanced sikit sebab die bawa aku jumpa family die
tapi.. aku yang minta putus.. sebab die parti lain, aku parti lain..
(See!!..politik pon mainkan peranan uoollzzz)
Nama die mula huruf A
#dah Unfriend

Dulu... masa second year..ada someone minat aku
kenal masa join program
ayat kat bibir, manis macam ladang tebu
sikit lagi aku nak cair, then dapat tahu, bakal tunang orang
( ces!!.. tolong simpati dengan ur fiancee )
Sekarang, still Whatsapp..dan dengar citer dah bertunang
Nama die mula huruf A
#dah Unfriend

Dulu... masa third year UKM..ada someone minat aku
kenal kat Facebook uollzzzz
Die jenis tak pandai bermulut manis
Bila jumpa depan2, terus die cakap tak suke aku
(rasanya masa tu profile picture FB aku nmpk cantik kot)
sekarang.. still contact
Nama die mula huruf A
#dah Unfriend

Dulu...masa third year UKM..ada someone minat aku
Kenal melalui kawan
baek orangnya, putih2 melati, mana sesuai dengan aku yang hitam ne
Selalu jumpa kat fakulti.. (ehem~~)
Aku stalk Instagram die.. penuh gambar dengan perempuan kot!!!
Sekarang..still contact
Nama die mula huruf A
#dah Unfriend

Kesimpulannya.. MINAT disini bermaksud  --> SUKA secara lahiriah sahaja (pendapat peribadi). Ada diantara kita yang mempunyai sebab tertentu kenapa kite menolak seseoarang. Ada kisah salah seorang sahabat die terpaksa berpisah kerana kedua orang tuanya tidak merestui mereka. Hal ini kerana si lelaki itu kurang berpelajaran. Dalam firasat saya, tidak boleh salahkan ibu bapa kerana mereka inginkan yang terbaik untuk anak gadis mereka, bukannya mereka memilih harta atau pangkat.

Jika betul2 kita sukakan someone, berdoalah sebab Allah dah cakap
"Mintalah pada aku apa yang kamu mahu, mintalah pada aku apa yang kamu mahu, aku nak bagi neyh, minta lah, aku nak bagi neyh"

Tapi sayang, kite tidak meminta, kalo meminta pun, bila dalam keadaan terdesak, tidak khusyuk dan tidak bersungguh-sungguh.

#Suke tengok sahabat aku nazihah dan dayat ne.. bercinta sedari tingkatan dua dan sekarang Alhamdulillah sudah berkawen dan menetap di German rasanya..Kadang-kadang terfikir, bestnya dapat pasangan macam neyh, setia sangat33..tapi..percaturan Allah untuk hamba2nya adalah berbeza2..=)

#Kisah diatas sekadar cerita dongeng..sorry sapa yang baca sampai habes..:P







Friday 4 October 2013

DUNIA

Assalamualaikum


aku dengan bangganya memberi jawapan..muahhahah..

Bukan hal ini yang hendak diceritakan, tetapi bagi siapa2 yang seperti katak di bawah tempurung..nak ambil link neyh.. Tanjung dawai.
Kisah di atas mengingatkan aku tentang Tanjung Dawai yang pernah aku lawati 10 tahun lalu..

Pernah tak kita terfikir perasaan orang yang tak cantik, tetapi ingin menjadi jelita..
Pernah tak kita terfikir perasaan orang yang tak hensem, tetapi ingin menjadi kacak..
Yup!!!.. kata orang memang mudah
"Semua ciptaan Allah itu indah2 belaka"
perkataan yang dikeluarkan dari mulut memang mudah selagi kita sendiri tidak melaluinya

DUNIA hanya pandang rupa

Aku memang tidak cantik dan tidak lawa
Ditambah pula, aku adalah antara pelajar yang selalu gagal
sehinggakan aku diturunkan ke kelas belakang sedangkan saat itu aku mendapat tempat ke-4 
dari 36 murid di kelas  pertama
Menangis aku bila dapat tahu aku diturunkan kelas..Tapi..aku tak pernah give up!!

aku : Tirah (bukn nma sebenr).. jom study petang ne..boleh ajar aku.
Tirah : ala..malas la..lagipun kite bukannya satu kelas
aku : oohh..OK.. (dalam hati aku..egonya die..)

Suatu petang di sekolah yang sama.. aku telah terpilih untuk mengikuti satu program pelajar2 cemerlang (actually bukan terpilih.. tapi sebab gantikan kawan aku..dan kebetulan aku ada dekat situ).. Program itu diadakan di Pantai Merdeka..yupp..Pantai Merdeka la yang mengenalkan aku tentang kewujudan Tanjung Dawai

DUNIA sangat tidak adil

Memang sedari dulu lagi, orang gelar aku hitam, sedara mara juga selalu berkata "awat muka laen dari yang laen neyhh).. memang secara luarannya aku senyum, tapi dalaman, sedih!!

semasa program...yup..aku dipulaukan.. 
Tiada yang nak tidur sekatil dengan aku..
Tiada yang benarkan aku duduk bersebelahan pun
Tiada yang nak berkongsi makanan dengan aku pun

kenapa? yup..sebab aku tak lawa, tak berkulit cerah dan tak pandai.

Ada sekali, ahli2 program diberi soalan dalam bahasa Inggeris, subjek yang aku selalu gagal, kertas jawapan aku dibiarkan putih bersih sebab aku tak tahu nak jawab, people around xnak share jawapan ( berbincang) dengan aku pun.. Sebab tu aku benci untuk ke Tanjung Dawai..

DUNIA pandang harta

Kini aku dah berumur 22 tahun, aku dah tak peduli persepsi orang atau rupa aku sebab sekarang aku sentiasa rasa diri aku cantik (:P) tapi still, aku tak faham kenapa orang selalu pandang luaran.. 

Di pusat penjagaan kanak2..
babysitter 1 : Jaga si Aisyah (bukan nama sebenar) tu, dia anak Dato; Siti Nurhaliza

lalu.. bayi2 yang lain dipinggirkan.. ohh..please..don't say that perkara ini tak pernah berlaku sebab my sister pernah bekerja di taska n she sharing this..

di Taska

Babysitter 1 : ala..comel2 Zafrul..
Babysitter 2 : tak habis2 maen dengan Zafrul, p la main dengan Adam pulak.. 
Babysitter 1 : Tak nak.. sapa suruh die tak comel.
Babysitter 2 : just laughing..

see!!.. inilah DUNIA.. thats why bila aku mengajar anak murid mak aku.. thats right....memang ada budak2 yang comel, lawa, gebu, hensem, hitam, putih, gendut.. but..i trying to be "ADIL" kepada kesemuanya... kerana aku sendiri pernah merasainya suatu ketika dulu

Semasa di MRSM Pendang (6 tahun lalu)

Aku ditangkap kerana tak menghadiri prep malam bersama 3 lagi orang sahabat ( 1perempuan, 2 lelaki).
yup.. my fault.. tetapi yang aku bengang dekat PRESIDEN tu sampai sekarang ialah, aku seorangg jer kena marah.. u know why? sebab 2 lelaki tu kawan die..huhu..mana mungkin marah kawan sendiri and seorang lagi perempuan tuh, cun meletop!! dan merupakan GF sahabat die.. Sedangkan aku pulak kena marah kaw2!!.. 

DUNIA kejam

# Keadilan hanya boleh dicari di akhirat kelak...=) Semoga aku tergolong dalam golongan yang sabar walaupun pernah merasai peritnya menjadi golongan yang dipinggir kerana DUNIA hanya memandang lahiriah ...