Assalamualaikum..terima kasih sudi jengah blog masyiu ^_^

Thursday 16 January 2014

Sometimes..Hiding Is Better..

Assalamualaikum

Someone make me realized about not being too much and over expose. Thank to You even u had unfriend me. (forget abaou my grammar!!)

Sometimes..Hiding is Better 

gambar diambil dari FB syahir
Dewasa ini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. ...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, atau tiada wang untuk makan makanan mewah,  ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja atau yang masih menganggur..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..padahal, ketahuilah, mereka ini bukan dari golongan yang tidak berusaha untuk memperoleh seperti apa yang kita peroleh, cuma..mungkin itu adalah ujian dan dugaan dari yang Maha Kuasa

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..
"Sembunyikanlah keterujaan kita kerna mungkin ada yang baru ditimpa musibah."..
"Sembunyikanlah keegoan kita kerna mungkin ada yang akan terasa hati."..
"Sembunyikanlah keikhlasan kita kerna takut menjadi riak."..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..
Yang sudah tu sudah...
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu..

Jadikan laman sosial ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan laman sosial ini medan mengeratkan ukhwah...
Jadikan laman sosial ini medan tazkirah..
Jadikan laman sosial ini medan maklumat..
Jadikan laman sosial ini medan yang boleh memajukan ummah..

#Copied dn sedikit olahan..=)



Friday 10 January 2014