Assalamualaikum..terima kasih sudi jengah blog masyiu ^_^

Sunday 24 November 2013

Perjalanan kerana Allah... kita??



Ayuh berjuang di jalan Allah.....
Assalamualaikum..

Siapa Ahmad Ammar bin Azam???
Bagi warga FB..rasanay tak perlu diperkenalkan lagi siapakah hamba Allah yang ini... tetapi.. buat ibu bapa atau ereka2 yang tiada FB..tak pasti lah mereka tahu atau tidak sebab setahu aku..tak der la pulak berita atau di akhbar tentang Allahyarham anak muda ini..( anak muda wehh.. muda dua tahun dari aku)..Kita sepatutnya rasa bangga sebab jiwa kental dan akhlak anak muda ini telah diiktiraf oleh mereka di lar negara dan diangkat darjatnya..jadi..pandangan aku.. mungkin perlu wartawan2 di Malaysia mengorek cerita beliau dan sampaikan di media massa.. We should proud of him
So..aku tulis blog ne tentang beliau supaya menjadi pedoman dan teladan buat aku..kerana..manusia ne mudah lupa,..so..harus diperingatkan setiap hari supaya jalannya terus lurus...tak der bengkok2..=)

sedikit tentang beliau.. buat peringatan untuk aku di masa hadapan..insya-Allah..
Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana, Allah menyanyagimu .
Sungguh, hidupmu bersama perjuangan
matimu mula ketika dalam perjuangan
jasadmu juga bersama para pejuang agama Allah.

Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau (Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan ibunya Puan Nur Azlina Aziz)  kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.


1) beliau telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun (penuntut tahun dua Universiti Marmara) di dalam kemalangan jalan raya ketika Awal Muharram 1435 di Istanbul, Turki.
"Bulan Muharram ialah bulan yang melepaskan nabi Yusif dari penjara, bulan Muharram ialah bulan ini, nabi Ayyub disembukan dari segala penyakit,"

2) Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.
Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga Allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Tanah perkuburan menjadi tempat persemadian 60 orang para sahabat nabi
“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”

 – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H –

3) Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan. Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

4) catatan terakhirnya yang di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:
“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

5) status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman :
"Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" 


6)Beliau seorang yang sangat pendiam..tetapi sekali beliau bercakap, semua orang nak dengar dan akan ingat apa yang diperkatakannya. Beliau juga susah nak ketawa, tetapi, sekali beliau ketawa, semua orang ingat bila dan apa yang membuatkan beliau ketawa. Belia jangan haraplah nak bercakap dengan perempuan.

7) Beliau pernah menceritakan pengalamannya semasa di Syria kepada sahabat beliau, 
"ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari."


8) Beliau sangat hebat..seawal usia begitu.. beliau menjadi pencetus dan pembuka mata 
kepada kita supaya lebih bermatlamat dalam kehidupan..=) Pasti ramai 
mencemburuinya dan jadikan die sebagai insan yang boleh dijadikan contoh..=)

9) Perbualan terakhir beliau dengan kakaknya..


sumber : sini



Rujukan

#Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa Afihi Wa'fu "an hu
Al-fatihah untuk Allahyarham.

Saturday 9 November 2013

What's The Feeling..

Assalamualaikum..

Weekend or weekdays ..... sama jer..ngehh..
Sapa pernah cuba naseb bercinta di laman sosial?.. ngehh.. aku?.. tak pernah la rasa nak cuba..tapi..kalo dah ada yang nak berkenalan.. aku terima jer...
Nak dijadikan cerita..suatu masa dulu..aku ada pakai display picture gmbr ne kat FB..

kat ICT.. no edit2... real dari camera phone Xperia




kat SOGO.. no edit2..pencahayaan kot nmpak cerah..:P
Ramai la yang nak berkenalan.. confess cintan cintun macam2.. so.. aku pon galak2 la jugak tyme tu.. g ler..nge date...masa date..

Him : awak ke yg nama Masyita?
me: aah...saya..npe?
Him :..xder apa2.. kat FB nmpak laen..real laen..

Ohh Goosshhh.. What's The Feeling... Got d point.. U cari yg lawa2..then nak berkenalan.. jumpa real..x lawa.. terus ko menghilang.. What d Fish r u..ngehhhh

#Human Being..
actually..at that time..aku pon nk juga ckp.. lol..pendek ghupenya mu ne.. boroi lak tuh.. misai panjang..dah ler ajak nge date tyme2 maghrib..

hahaha.... motif sangt aku update this kind of story.. hahaha..saje..teringt kisah lampau yang betul2 berlaku dan ada pengajarannya di situ... whats d lesson? .. banyak..di antaranya.. xpyh letak DP muke sendiri.. ngehhh!!!!..

#Happy Wedding to kak Nisah..( Pegawai Sains Mikrobiology HTF..).. <3 <3 <3

Saturday 19 October 2013

Indonesian Gurl

Assalamualaikum

Alhamdulillah..selamat sampai Perlis dan masih diberi keizinanNya untuk bernyawa. Proses pengambilan jubah berjalan dengan lancar, tiada perkara menarik yang berlaku, just met frend n berborak2. 
Pre-convo??.. tak ada!!..haha..masing2 sahabat ada hal yang ingin dilunaskan, they got their own plan and me to..got mine. Aku cuma berada satu malam sahaja di bumi UKM.. bukan tak nak stay lama2..tapi..tak ada apa nak dibuat!!
Selama berada di sana, aku telah menumpang secara haram di bilik seorang senior. She is Indonesian. Kenapa aku pilih dia???
haha..sebab die jer yang aku teringat dan tak nak sewa bilik yang mahal uhh.. ( Penganggur harus berkira~~). Banayk benda yang aku belajar dari  die..

"Jangan sesekali menilai seseorang melalui pemakaian mereka. Dia berserban/berpurdah tak semestinya imannya tinggi dan mereka sentiasa benar".

This Indonesian bukanlah seorang yang bertudung labuh, just like me,nope!!..she's more beautiful and bergaya actually.. Die bukanlah orang yang berstoking kaki mahupon berstoking tangan...cuma..Apa yang menarik untuk aku kongsikan ialah kehidupan seharian mereka yang menyentuh hati aku selama 2 hari aku berada di sana.

just make it simple

1) This Indonesian n her roomate.. solat berjemaah dan berdoa sangat lama.
Sampaikan terdetik dekat hati aku.. "Lama giler doa" dah macam solat berimamkan imam masjid dah.. 

2) This Indonesian n her roomate... perform solat Dhuha
Mereka setiap pagi akan buka youtube yang ada ceramah dari ustaz yang namanya YUSUF MANSUR.. kata si Indonesian ini, ustaz itu punya bnyak pondok agama di sana..bla..bla.. try la cari.. so..setiap pagi aku dihidangkan dengan ceramah dari ustaz ini..dan..sememangnya aku tidak ngerti dong!!...kaw2 punya bahasa Indonesia..
Tbe2..dalam pukul 11 lebih.. one of them asking me..
Sis : Masyi g la solat
Me: solat apa? (apa punya bengap la soalan...dah thu solat dhuha.. bole g tanya lagi!!)

3) This Indonesian n her roomate... bangun tengah malam.
Ini yang paling aku terkejut..selalunya..kalau kita nak solat malam, kita bangun sorang2, kononya nak fokus, but..mereka still bnagun bersama dan berjemaah.. me??.. tarik selimut lagi ada la..hahhaha
not sure pkul berapa diaowang bangun, cuma, aku terjaga sebab diaowang buka lampu tydo, sambil2 Iblis membisikkan ke telinga aku akan perkara2 jahil, sempat jugala aku dengar ayat2 al-quran yang dialunkan mereka, dan terdengar one of them said.. 
Sis 1 : kite nak baca surah apa?
Sis 2 : tengah2 malam, elok baca surah Al-Kahfi.. ( yang aku sempat dengar di bawah selimut la..if tak salah..)
sama ada mereka buat solat2 sunat or not, itu aku tak pasti, cuma dengar mereka mengaji sehinggalah ke azan subuh.. Still.. subuh kedengaran..   Iblis durjana paksa aku tarik selimut lagi until 6.35.. barula aku bngun n solat.. 

Actually, banyak lagi kebaikan mereka yang boleh dijadikan contoh, dan aku dilayan bak VVIP sepanjang menumpang di situ, Simbolik daripada cerita ini, adalah berdasarkan apa yang tertulis dia ats iaitu..

"Jangan sesekali menilai seseorang melalui pemakaian mereka. Dia berserban/berpurdah tak semestinya imannya tinggi dan mereka sentiasa benar".  

Kalau tak faham, senang cakap ialah " Don't judge a book by its cover".. sebab.. aku sendiri pernah jumpa orang yang bertudung labuh, berstoking bagai, tapi..
--liat bangun subuh.. (subuh gajah gittu).. 
--Berjaga malam sebab nak tonton citer korea
--Power kot gossip pasal lelaki

# Cerita di atas adalah cerita benar, tiada niat untuk mengaibkan sesiapa, bagi yang TERBACA, ianya sekadar perkongsian, yang baik boleh dicontohi..=)

grad..soon..jemput datang..=)

Saturday 5 October 2013

Heyy.. aku pun ada orang suka la!!!

Assalamualaikum

Kecoh juga sekarang di Youtube tentang 'Video Couple"..haha..dan of course aku menjadi orang yang terakhir nak godek2 Utube.. muahahah.. Motif mereka? Nak tunjuk sweet barangkali dan mungkin antara kita juga pernah buat sebegitu cuma tak diVideokan jer... (Ohh my Malay~~~~)..

Aku? single jer lagi..tak der orang nak..hahahha.. (not a promotion ok!!)
Aku suka dekat orang banyaklah, tapi orang suka kat aku tu..hurrmmm.. ada la jugak.. (sedih dengar~~).. Bersyukur..ada jugak orang yang nak taw..

Untuk yang lagi teruk dari aku tuh.. nak tengok link ne.. TERBARU  dan yang agak lapuk LAMA SIKIT. dan lagi satu yang agak . OVER.. mohon sapa2 yang ada sakit jantung jangan tengok..eh..eh..

Hey..aku pun pernah remaja tau..n still it is..haha

Dulu..zaman MRSM, ada someone minat ke aku
tapi, tak sempat buat apa2, die dah transfer MRSM laen, just dapat tahu die pernah suka aku melalui kawan2 die..
Sekarang dengar citer die further study oversea, in medic..Alhamdulillah..
Nama die mula huruf A
#Selalu nampak die on9

Dulu...zaman matrik, ada someone minat aku
ketemu di perpustakaan KMPP
ala..sempatla belanja roti canai..
tiba-tiba die minta putus sebab jumpa awek baru
apa lagi berperang la dengan awek baru die tu (see!! aku sendiri rupanya pernah gado sebab laki..ish33~~)
Sekarang dengar citer, masih belajar dan dah putus dengan awek tu...Alhamdulillah
Nama die mula huruf Y
#dah Unfriend

Dulu..masa first year UKM..ada someone minat aku
die minat masa tengok aku present TITAS kalau tak salah
advanced sikit sebab die bawa aku jumpa family die
tapi.. aku yang minta putus.. sebab die parti lain, aku parti lain..
(See!!..politik pon mainkan peranan uoollzzz)
Nama die mula huruf A
#dah Unfriend

Dulu... masa second year..ada someone minat aku
kenal masa join program
ayat kat bibir, manis macam ladang tebu
sikit lagi aku nak cair, then dapat tahu, bakal tunang orang
( ces!!.. tolong simpati dengan ur fiancee )
Sekarang, still Whatsapp..dan dengar citer dah bertunang
Nama die mula huruf A
#dah Unfriend

Dulu... masa third year UKM..ada someone minat aku
kenal kat Facebook uollzzzz
Die jenis tak pandai bermulut manis
Bila jumpa depan2, terus die cakap tak suke aku
(rasanya masa tu profile picture FB aku nmpk cantik kot)
sekarang.. still contact
Nama die mula huruf A
#dah Unfriend

Dulu...masa third year UKM..ada someone minat aku
Kenal melalui kawan
baek orangnya, putih2 melati, mana sesuai dengan aku yang hitam ne
Selalu jumpa kat fakulti.. (ehem~~)
Aku stalk Instagram die.. penuh gambar dengan perempuan kot!!!
Sekarang..still contact
Nama die mula huruf A
#dah Unfriend

Kesimpulannya.. MINAT disini bermaksud  --> SUKA secara lahiriah sahaja (pendapat peribadi). Ada diantara kita yang mempunyai sebab tertentu kenapa kite menolak seseoarang. Ada kisah salah seorang sahabat die terpaksa berpisah kerana kedua orang tuanya tidak merestui mereka. Hal ini kerana si lelaki itu kurang berpelajaran. Dalam firasat saya, tidak boleh salahkan ibu bapa kerana mereka inginkan yang terbaik untuk anak gadis mereka, bukannya mereka memilih harta atau pangkat.

Jika betul2 kita sukakan someone, berdoalah sebab Allah dah cakap
"Mintalah pada aku apa yang kamu mahu, mintalah pada aku apa yang kamu mahu, aku nak bagi neyh, minta lah, aku nak bagi neyh"

Tapi sayang, kite tidak meminta, kalo meminta pun, bila dalam keadaan terdesak, tidak khusyuk dan tidak bersungguh-sungguh.

#Suke tengok sahabat aku nazihah dan dayat ne.. bercinta sedari tingkatan dua dan sekarang Alhamdulillah sudah berkawen dan menetap di German rasanya..Kadang-kadang terfikir, bestnya dapat pasangan macam neyh, setia sangat33..tapi..percaturan Allah untuk hamba2nya adalah berbeza2..=)

#Kisah diatas sekadar cerita dongeng..sorry sapa yang baca sampai habes..:P







Friday 4 October 2013

DUNIA

Assalamualaikum


aku dengan bangganya memberi jawapan..muahhahah..

Bukan hal ini yang hendak diceritakan, tetapi bagi siapa2 yang seperti katak di bawah tempurung..nak ambil link neyh.. Tanjung dawai.
Kisah di atas mengingatkan aku tentang Tanjung Dawai yang pernah aku lawati 10 tahun lalu..

Pernah tak kita terfikir perasaan orang yang tak cantik, tetapi ingin menjadi jelita..
Pernah tak kita terfikir perasaan orang yang tak hensem, tetapi ingin menjadi kacak..
Yup!!!.. kata orang memang mudah
"Semua ciptaan Allah itu indah2 belaka"
perkataan yang dikeluarkan dari mulut memang mudah selagi kita sendiri tidak melaluinya

DUNIA hanya pandang rupa

Aku memang tidak cantik dan tidak lawa
Ditambah pula, aku adalah antara pelajar yang selalu gagal
sehinggakan aku diturunkan ke kelas belakang sedangkan saat itu aku mendapat tempat ke-4 
dari 36 murid di kelas  pertama
Menangis aku bila dapat tahu aku diturunkan kelas..Tapi..aku tak pernah give up!!

aku : Tirah (bukn nma sebenr).. jom study petang ne..boleh ajar aku.
Tirah : ala..malas la..lagipun kite bukannya satu kelas
aku : oohh..OK.. (dalam hati aku..egonya die..)

Suatu petang di sekolah yang sama.. aku telah terpilih untuk mengikuti satu program pelajar2 cemerlang (actually bukan terpilih.. tapi sebab gantikan kawan aku..dan kebetulan aku ada dekat situ).. Program itu diadakan di Pantai Merdeka..yupp..Pantai Merdeka la yang mengenalkan aku tentang kewujudan Tanjung Dawai

DUNIA sangat tidak adil

Memang sedari dulu lagi, orang gelar aku hitam, sedara mara juga selalu berkata "awat muka laen dari yang laen neyhh).. memang secara luarannya aku senyum, tapi dalaman, sedih!!

semasa program...yup..aku dipulaukan.. 
Tiada yang nak tidur sekatil dengan aku..
Tiada yang benarkan aku duduk bersebelahan pun
Tiada yang nak berkongsi makanan dengan aku pun

kenapa? yup..sebab aku tak lawa, tak berkulit cerah dan tak pandai.

Ada sekali, ahli2 program diberi soalan dalam bahasa Inggeris, subjek yang aku selalu gagal, kertas jawapan aku dibiarkan putih bersih sebab aku tak tahu nak jawab, people around xnak share jawapan ( berbincang) dengan aku pun.. Sebab tu aku benci untuk ke Tanjung Dawai..

DUNIA pandang harta

Kini aku dah berumur 22 tahun, aku dah tak peduli persepsi orang atau rupa aku sebab sekarang aku sentiasa rasa diri aku cantik (:P) tapi still, aku tak faham kenapa orang selalu pandang luaran.. 

Di pusat penjagaan kanak2..
babysitter 1 : Jaga si Aisyah (bukan nama sebenar) tu, dia anak Dato; Siti Nurhaliza

lalu.. bayi2 yang lain dipinggirkan.. ohh..please..don't say that perkara ini tak pernah berlaku sebab my sister pernah bekerja di taska n she sharing this..

di Taska

Babysitter 1 : ala..comel2 Zafrul..
Babysitter 2 : tak habis2 maen dengan Zafrul, p la main dengan Adam pulak.. 
Babysitter 1 : Tak nak.. sapa suruh die tak comel.
Babysitter 2 : just laughing..

see!!.. inilah DUNIA.. thats why bila aku mengajar anak murid mak aku.. thats right....memang ada budak2 yang comel, lawa, gebu, hensem, hitam, putih, gendut.. but..i trying to be "ADIL" kepada kesemuanya... kerana aku sendiri pernah merasainya suatu ketika dulu

Semasa di MRSM Pendang (6 tahun lalu)

Aku ditangkap kerana tak menghadiri prep malam bersama 3 lagi orang sahabat ( 1perempuan, 2 lelaki).
yup.. my fault.. tetapi yang aku bengang dekat PRESIDEN tu sampai sekarang ialah, aku seorangg jer kena marah.. u know why? sebab 2 lelaki tu kawan die..huhu..mana mungkin marah kawan sendiri and seorang lagi perempuan tuh, cun meletop!! dan merupakan GF sahabat die.. Sedangkan aku pulak kena marah kaw2!!.. 

DUNIA kejam

# Keadilan hanya boleh dicari di akhirat kelak...=) Semoga aku tergolong dalam golongan yang sabar walaupun pernah merasai peritnya menjadi golongan yang dipinggir kerana DUNIA hanya memandang lahiriah ...










Monday 22 July 2013

DAIF

Assalamualaikum.. salam 13 Ramadhan..

Alhamdulillah.. masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini bersama keluarga tersayang.. <3, sahabat2.. dan bakal suami (erk..!!!)

Titew xsuke tulis pnjang2..so..titew nak berpuisi lah.. hahahah

Daifnya aku
Andai aku berpandangan akan hidup dengan lama
Karena aku tahu..
Seribu tahun dunia  bersamaan sehari di akhirat
Sungguh...
Andai aku dipinjamkan selama 50 tahun
50 tahun didunia = (erk...lemahnya matematik aku!!!!!...)

Daifnya aku..
Andai aku berpandangan.. akulah hamba yang patuh
Sungguh..
Solat wajib pon kadang2 terlepas
apatah lagi.. solat di satu pertiga malam

Daifnya aku..
Andai aku berpandangan, aku bijak mengaji al-quran
Sungguh..
Jika ditanya maksud surah Al-Fatihah
sudah pasti tercungap2 jawapan diberi

Daifnya aku..
Andai aku berpandangan..akulah muslimah sejati
Sungguh
Jarang aku terokai intisari Al-Quran..
Sedangkan ia adalah pemberi cahaya di akhirat kelak..

Daifnya aku..
Andai aku berpandangan.. akulah anak yang solehah
Sungguh
Jika ibu ayah diambil kembali olehNya
Doa apa yang harus dibaca..aku tidak tahu..
Cara solat jenazah...aku tidak tahu..
Cara menkafankan...aku tidak tahu..
Cara mandikan jenazah...juga sama..

Daifnya aku..
Andai aku berpandangan..akulah umat sejati
Sungguh..
Jarang sekali aku berselawat kepada baginda
Sedangkan aku ketahui....itulah pemberi syafaat di akhirat kelak..

Daifnya aku..
Andai aku tidak menggunakan peluang dan kesempatan yang masih diberi
Sungguh..
Allah itu Maha Penyanyang dan Pemurah

Daifnya aku..insan yang diberi nama Masyita Dahalan
Sungguh.. bertapa aku tahu apa yang diperintahkan
Sungguh juga..bertapa aku liat untuk mengerjakannya..


# Tetapi aku bersyukur..dikurniakan sahabat2 yang tidak jemu memberi dorongan dan nasihat.. menjadi pendengar setia ketika aku menceritakan permasalahan.. HUGS -.- dan menjadi PEKAK TULI  takkala aku mula mengutuk orang.. hehehehhehe.. Astaghfirullah.. 



To my lovely sis.. study hard OK!!.. do ur best in ur STPM!!!




Friday 15 February 2013

Duit / money

Assalamualaikum




Horrayyyy..masih lagi dalam suasana cuti..walaupun lagi 2 hari dah nak mula kuliah... saja nak beritahu, Alhamdulillah...ada banyak berita gembira hari ini, antaranya ialah, saya telah dapat LI di Hospital Tengku Fauziah,Kangar, walaupun lebih berminat untuk buat LI di makmal teknologi makanan dan Alhamdulillah, result yang diperoleh masih dalam range walaupun Biology Molecule dapat C... ggggrrrr..xper...nak buat macam mana..memang banyak tinggal kosong...hehhehe....ok..forget about it..

Jika seseorang itu terlalu memandang pada kebendaan/ bersifat materialistik, sudah pasti dia akan dipandang sebagai seseorang yang demand. Tetapi bagi aku sendiri, duit itu PENTING.. 
Bak kata seorang penceramah bebas..

" Jika kita kata duit tak penting, maka ia akan menjauhi kita, 
tetapi, jika kita kata duit itu penting, maka ia akan mendekati kita ".

Oleh yang demikian, aku kata duit itu penting... hehhehe.....

Bagi mereka yang selalu kata " duit bukanlah segala-galanya", golongan ini ialah golongan yang malas berusaha, mereka menggunakan ayat tersebut untuk cover kemalasan mereka itu. Dusta jika kata duit itu tidak penting kerana dengan duit, kita dapat tingkatkan taraf hidup diri dan keluarga (dituntut agama), mengerjakan haji/umrah (dituntut agama), berkahwen (dituntut agama), bersedekah (dituntut agama), belajar (dituntut agama). Hal demikian semuanya memerlukan duit..

Pernah satu hari aku berborak dengan ibu 

ibu :   nanti lepas degree, sambungla master...
aku : erk...ibu, nak sambung master tu perlukan duit yang banyak, kadang2 barang2 makmal, beli pakai duit 
         sendiri..
ibu :   tak per, duit boleh dicari, yang penting belajar rajin-rajin..
aku :  hurmmm...tengok lah camner nanti..

nak belajar bukannya percuma, duit itu penting dan harus dicari, bukannya berkata " duit bukan segalanya"

Dengan duit juga kita boleh membeli kain telekung yang sedap dan selesa dipakai, di sini, aku tidak maksudkan membelitelekung jenama Bella Ammara yang harganya ratusan ringgit tuh, tetapi, cukupla selesa untuk dipakai bagi menemui Pencipta. Hal ini juga memerlukan duit.

Berkahwin misalnya juga memerlukan belanja yang besar, acap kali aku melayari internet, kaum Adam sering merungut, kononnya kaum Hawa sekarang demand, minta hantaran tinggi-tinggi, alahai cik abang sayang, aku rasa kalau buat kenduri, kalian pakai duit mak bapak juga kan???.. Mungkin ini antara sebab kenapa perkahwinan sekufu digalakkan..

Dalam kehidupan seharian.. ada tak sapa2 yang tak keluarkan duit walau satu sen pun dalam masa seminggu?.. ada ker?..  so...kita sendiri dapat menilai, duit itu penting..

Sama juga bagi mereka yang sering berkata " POINTER bukan segalanya ". Ini juga adalah ungkapan bagi mereka yang malas berusaha. Yup..memang hidup ini umpama roda, kekadang di atas kekadang dibawah, setiap ciptaan, ada berpasangan, ada hitam, ada yang putih, ada gemuk, ada kurus, ada malam, tentulah ada siangnya. Bagi mereka yang kurang bernasib baek, sepatutnya, ayat yang keluar dari bibir mereka ialah " Alhamdulillah, rezeki aku untuk kali ini, tahun depan, aku harus lebih gigih untuk berusaha"... dan bukannya " Pointer bukan segalannya/ A's bukan segalanya ". Stop dreaming, yang bulan akan jatuh ke riba...
Kegagalan hari ini, bukan bermaksud akan gagal selamanya, tetapi, jika diri tetap tidak mahu berubah atau dalam kata laen tak sedar diri, memang la akan selamanya gagal..

Untuk berjaya dunia kahirat, kita haruslah berjaya di dunia dahulu, jangan hanya pulun akhirat..Hal ini kerana, dunia adalah jambatan ke akhirat, roh kita di akhirat, tetapi fizikal kita di dunia. Apaya yang dilakukan di dunia, itulah saham akhirat kita.

Cuba bandingkan diri yang selalu beriktikaf di masjid dengan mereka yang mempunyai duit yang telah menderma bagi mendirikan masjid, mendirikan madrasah-madrasah, mengadakan kelas-kelas tusyen di samping turut beriktikaf di masjid.... Sapa yang mempunyai saham yang lebih tinggi nilainya dia khirat?

"Cakap memang senang" juga merupakan antara istilah2 yang telah dibudayakan oleh orang Melayu, atau dalam kata laen " eleh, ko cakap senang r,nak buat tu payah "
heheh..memnag la.. benda yang payah tu la yang harus direbut, kalau bende tu senang, baik tak payah buat!!

# Petikan ini adalah hasil ceramah yang didengar pagi tadi
# Peringatan buat diri sendiri
# Kita hidup bukanlah seperti kisah novel mahupun drama, tetapi kita hidup di alam realiti yang penuh pancaroba, yang tewas akan ketinggalan, yang berani mencuba akan di hadapan
# orang kata semue orang dicipta berpasangan, dan jodoh itu rahsia Allah, TETAPI kenapa ada yang berkhwin dan ada juga yang "forever alone?"


Umur dah  22 tahun... hurm.. rasa cam..kosong jiwa lagi...