Assalamualaikum..terima kasih sudi jengah blog masyiu ^_^

Saturday 3 November 2012

AIR MATAKU HANYA UNTUK MEREKA DAN UNTUK HARI AKU DIIJABKABUL




Andai aku punya poket doraemon, sudah pasti aqu akan memutarkan masa ke zaman dahulu, zaman di mana aku masih punya  bapa yang sanggup berkorban jiwa dan raga untuk ku. Tetapi, aqu hanya hamba yang sombong dan angkuh atau dalam kata lain, aku adalah antara golongan anak derhaka...
Sedang aku berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah, entah kenapa jauh di sudut hati, aqu menangis teringatkan  bapakku. Andai bapa masih di sini, andai bapa mendengar luahan hati aku, aku akan pastikan bapa sentiasa bahagia, tapi sayang, bapa telah tiada.

2 tahun yang lalu :
mak : Nak pergi mana tu?
aku : keluar lepak la mak, mana kunci kereta mak?
mak : tukar baju dulu, singkat sangat tu, malu lelaki tengok nanti
aku : hishh, mak ne, tak up-to-date lah.. mana ada singkat sangat pun, nak suruh orang pakai baju muslimah la tuh... besar la mak...tak mau la..hurmmm... bapak mana mak?
mak : pergi kebun, nanti balik la tu..nak kunci kereta, tunggu bapak balik
aku : hish orang tua tu, degil, dah tahu tua duduk jela rumah, sibuk nak g kebun bagai.

Dua jam kemudian, datang jiran aku yang bernama yusof
yusof : Mak nah...ohh mak nah....(panggilan orang kampung terhadap mak aku )
mak : nape ucop?
yusof : suami mak nah, kena patuk ular tedung kat kebun tadi
mak : Ya Allah, suami aku !!

lalu, aku dan emak berlari ke kebun, melihat bapak yang terkulai lemah, ya..terdapat kesan patukan ular di kaki kirinya, entah kenapa aku punya kekuatan untuk menyedut bisa ular tedung tersebut, tapi .....dihalang keras oleh penduduk kampung, aku menangis sambil memeluk erat kaki bapa ku.

mak : kakak, kakak kena kuat, tak bole macam ne, mak tahu, kakak kuat kan?
aku : tapi, kakak banyak dosa kat bapa...mak...bapa dah tak ada, lepas ne, tak dapat tengok muka bapa dah, tak dapat bau peluh bapa, sapa nak ambil kakak nanti...
mak : kakak, kita tak bole tangisi pemergian seseorang, kalau kakak sayang bapa, kakak doakanlah kesejahteraan bapa di sana, bapa dengan kita tak jauh, cuma sejengkal tanah saja...

Tepat jam 9 malam, arwah bapa selamat dikebumikan.


Bapa, andai bapa bisa dengar luahan hati aku, aku berjanji, akan menjaga isteri bapa sebaiknya. Aku berjanji akan menjaga aurat ini, kerana aku tidak sanggup melihat bapa terseksa kerana aurat aku ini, Insya-Allah, aku akan sentiasa menjadi kuat untuk menghadapi hari muka yang kadang2 aku tak yakin untuk melangkah ke arahnya. Bapa, sentiasalah doakan anak mu ini dari sana. Bapa, doakan lah aku supaya senantiasa dihinggapi dengan sahabat2 yang mengajak aku ke arah agama Allah, dan supaya dikurniakan suami yang hebat untuk aku.
Bapa, aku minta maaf kerana tidak selalu menggembirakan bapa selama bapa masih di dunia.
Adakah aku tergolong dalam golongan anak derhaka?

Emak, aku tahu, pengorbanan yang emak lakukan sejak aku masih dalam kandungan, sampai mati pun, aku tidak dapat membalasnya.
emak, terima kasih kerana mengajar aku mengaji, solat dan menutup aurat. Jika dahulu, aqu mengaji setiap hari kerana takut dirotan emak, tapi kini, seminggu sekali pon aku jarang membuka al-quran..Jika dahulu aku dipukul emak kerana liat untuk bangun solat, tapi kini, aqu sering terbabas solat. Jika dahulu, begitu litup aqu memakai tudung, tapi kini, aqu memilih untuk memakai tudung yang jarang.
Emak, ketahuilah, bukan salah emak aku berubah, tapi kesalahan itu dari diri aku.Emak, aku pohon, jangan berhenti menasihati dan membebel ke arah aku selagi aku belum menjadi yang halal kepada yang berhak.

mak dan bapak, aku tak ingin jadi anak derhaka, doakan lah aku dunia akhirat..<3

No comments: