Assalamualaikum..terima kasih sudi jengah blog masyiu ^_^

Thursday 7 August 2014

If and Only If

Assalamualaikum

Fuhh...fuhh... (buang habuk2 di blog)... dah lama tak hupdate..

If and Only If
I can share the feeling wif you.
I wish I can tell you everything happens in my life, every minutes, every seconds
I wish to share what I felt inside which no one knows, only U and Him
Only If

Hati
Sekali terguris, luka itu bisa sembuh, tapi parutnya masih disitu
Parut yang kesannya.. kekadang seumur hidup
Lantas aku mengambil keputusan memendamnya,
Biar berparut..lagi bernanah
Andai itu yang terbaik untuk semua.

Hati
Bila dunia terlampau sibuk,
Budi pekerti hilang ditelan masa,
Biar aku cuba berbudi tanpa mengharapkan balasan
Apakan daya, aku pun manusia biasa

Hati
Luluh juga hati ini bila dipersalahkan
Tapi aku sedar, hukuman dunia memang begitu
Semua orang bersifat pentingkan diri
Aku juga begitu...

Hati
Bersabarlah selagi engkau bisa bersabar
Kawallah emosi selagi engkau mempunyai pegangan
Biar tidak dipandang manusia, tapi dipandang Dia
Biar engkau dipersalahkan di dunia
Kerana hukuman di akhirat itulah yang seadilnya

Hati
Bersyukurlah dengan apa yang kau ada
Janganlah engkau tamak 
Bertoleransilah engkau sesama manusia
walau diherdik sekalipun
walau dihina sekalipun
walau dicerca sekalipun

Hati
Luahkan hanya pada Dia
Dia yang bisa menyimpan rahsiamu

Hati
Sujudlah pada Dia selalu
Ingatilah Dia selalu
Kerana pada Dia jua kita akan pergi...




Saturday 22 February 2014

KELU

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri buat masa ini, dengan kesihatan keluarga yang baik. Syukur sangat..

As a part time teacher... here d conversation between me and student

kelu bahagian 1..

student : cikgu, bunga raflesia tu tak diancam kepupusankan?
me : hurmm.. rasanya diancam kepupusan..sebab spesis ne..sikit jer ada
student : npe ayah saya cakap tidak.. ayah kata, raflesia ada bnyk dalam hutan
me : tak ada la banyak sangat, kadang2..kena bayar taw nak tengok raflesia. aklau manusia asyik nak ambil          ja..pupusla nanti
student : nape manusia nak ambil raflesia?
me : hurmm.. ( dah sudahh.. nak jawab apa ne!!!).. mungkin gunakan untuk perubatan atau kajian para                saintis
student :..oooo..cikgu pernah buat kajian?
me : saya.. belum lagi..korang la buat nanti
student : cikgu..raflesia tu besar tak?
me: besar.
student : besar mana cikgu? (sambil mendepakan tangan mereka )
me :.. entahla..saya pon tak pernah tengok lagi..
student : cikgu, kat bahagian tengah bunga raflesia tu orang panggil apa
me : erkk....( adehhh..perit neee)...panggil kelopak kott... mcm bunga2 yang lain..
student : cikgu..bunga raflesia tu makan serangga ea?
me : erkk.. ( aku pon tak tahu..)
student : saya tengok..kat tengah2 die tu ada mcm gigi..
me : hurrmm...yela kot.. yang saya pasti.. raflesia tu tumbuhan parasit

Kelu bahagian 2

student : cikgu, betulkn kalau jawapan bakteria boleh mereputkan benda hidup
me : boleh
student : mcm mana tuh?
me :.. hurmm..contohnya mcm kucing mati.. then kamu tengok kucing tu ada lagi tak selepas seminggu
student : tak dak
me : aah..gitula..bakteria mereputkan bangkai kucing tadi, kalau bakteria tak tolong, nanti bertimbun-timbun          bangkai kucing..kiranya mcam bakteria makan bangkai tu la
student : ooo... bakteria makan macam kita makan ea cikgu?
me : ahhh.. (gurlpp!!!).. lebih kurangla... senang cerita
student :. cikgu..dinosaur pon bakteria makan ka?
me: aah...kalau tak, bersepahla bangkai dinosaur tu.... hurrmm..kamu pernah tengok pelantar minyak kat laut       kan?.. kat situ ada minyak yang terhasil dari fosil dinosaur yang tertanam berjuta tahun dahulu taw
student : hahhh???.. yeke?.. habis.. bakteria tu tarik dinosaur masuk dalam laut..pastu baru makan?
me :.. erkkkk..sudah2... kamu buat jela latihan neyhh

# Perghhh.. now I know.. susah kot ajar budak2.. yang mempunyai imaginasi yang tinggi.. tu tak citer conversation yang lain lagi tu...
# Thanx to Nisa Educare Centre sebab bagi saya peluang ini.. such a great experienced..
# Tak sabar nak didik anak sendiri.. ngehhh!!!...
# I'm trying to do d best..thanx to parents sebab beri kepercayaan ini
# Next.. nak cerita pengalaman ajar Form 3 pulak.. ahhaha.. lagi ohsemmmm

Nak dijadikan cerita.. aku punyala semangat mengajar sampai bab 4.. bila nampak student blurr.. aku pon tanya..

me : kat sekolah dah belajar sampai mana dah?
studnt : bab satu pon tak habis lagi cikgu
me : gurllppp!!!!.. ( aku syok sendiri rupanya selama ini..)


Thursday 16 January 2014

Sometimes..Hiding Is Better..

Assalamualaikum

Someone make me realized about not being too much and over expose. Thank to You even u had unfriend me. (forget abaou my grammar!!)

Sometimes..Hiding is Better 

gambar diambil dari FB syahir
Dewasa ini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. ...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, atau tiada wang untuk makan makanan mewah,  ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja atau yang masih menganggur..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..padahal, ketahuilah, mereka ini bukan dari golongan yang tidak berusaha untuk memperoleh seperti apa yang kita peroleh, cuma..mungkin itu adalah ujian dan dugaan dari yang Maha Kuasa

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..
"Sembunyikanlah keterujaan kita kerna mungkin ada yang baru ditimpa musibah."..
"Sembunyikanlah keegoan kita kerna mungkin ada yang akan terasa hati."..
"Sembunyikanlah keikhlasan kita kerna takut menjadi riak."..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..
Yang sudah tu sudah...
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu..

Jadikan laman sosial ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan laman sosial ini medan mengeratkan ukhwah...
Jadikan laman sosial ini medan tazkirah..
Jadikan laman sosial ini medan maklumat..
Jadikan laman sosial ini medan yang boleh memajukan ummah..

#Copied dn sedikit olahan..=)



Friday 10 January 2014